Category: Fikrah

la ikro ha fiddin

“Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah 2: 256)

Sila fahami ayat ini dalam konteks, secara keseluruhan. Maksud yang boleh difahami, paling simple dan jelas, ialah orang-orang kafir tidak dihalang ataupun dipaksa untuk beragama Islam walau apa cara sekalipun, setelah mereka memahami dan mengakui sendiri bahawa Allah dan Islam adalah benar, dan ajaran agama mereka sekarang adalah taghut yang membinasa.

Dengan kata lain, jelas terlihat oleh mereka sempadan antara kebenaran dan kebatilan.

Once mereka melangkah kepada Islam, dan mengucapkan kalimah syahadah, segala isi al-Quran dan peraturan syariat wajib diikuti tanpa alasan sekalipun. Bukan bermaksud terus ikut semuanya sekali, tetapi belajar dan amal sedikit demi sedikit dengan memulakan yang lebih utama seperti solat.

Kembali berpaling kepada kekafiran setelah keimanan? Murtad namanya, dan hudud mensyariatkan bunuh.

Islam bukan agama main-main, boleh keluar masuk sesuka hati. Bayangkan anda berkawan dengan seorang yang suka berbohong kemudian insaf. Tetapi kembali berbohong walaupun tahu bohong itu salah, berdosa dan menjengkelkan. begtulah pandangan Islam terhadap mereka yang murtad setelah beriman seperti berpaling dari cahaya yang telah ditemui kepada kegelapan yang menyesatkan.

Tanya pada hati masing-masing, adakah ada secebis perasaan yang mengatakan agama Islam ini agama ‘jahat’, zalim, keras?

Jika perasaaan sebegini muncul dalam hati kita, bermakna kejelasan kita terhadap Islam belum lagi kelihatan. Kita belum lagi betul-betul merasai Islam adalah agama yang benar dan betul. Anda belum merasai hebat dengan Islam.

“Mulianya diriku adalah kerana Islam.” (Umar al-Khattab r.a.)

meletakkan seseorang akh pada tempatnya

Berkesempatan membaca sedikit tulisan Ustaz Fathi Yakan:

Apabila sesuatu kerja yang dibuat oleh sesebuah harakah tidak mengikut kaedah dan dasar yang dipelajari serta tidak mengikut manhaj dan perencanaan yang dikhaskan… dan apabila tidak dapat dibezakan mana yang penting  dan mana yang lebih penting serta tidak dapat diketahui urutan kerja… maka kecacatan akan berlaku.

Harakah kemudian hanya  akan memenuhkan ruangan dengan “nama”, bukan memenuhkannya dengan orang yang berkebolehan. Dan ini merupakan suatu penyerahan kuasa kepada orang yang bukan ahlinya.

(Mutasaqitun Fi Thoriqid Dakwah)

Muhasabah diri dengan organisasi yang kita berada bersamanya (maksud saya dalam konteks cawangan). Secara modennya sistem KPI dibuat dan diselaraskan oleh organisasi pusat supaya setiap organisasi cawangan bergerak hingga ke tahap yang sama yang dikehendaki.

Namun sepatutnya kita patut tertanya-tanya, adakah KPI merupakan sesuatu yang sepatutnya menjadi penanda aras amal sesuatu organisasi itu?Perlaksanaan KPI itu tidak salah. Cuma ada benda lain yang maha penting sebelum KPI mesti diikuti.

  1. Adakah gerak kerja organisasi itu mengikut realiti tempat itu (waqi’i)?
  2. Adakah jumlah amal yang di KPIkan sesuai dengan bilangan tenaga kerja yang ada?
  3. Adakah amal yang disusun dalam KPI mengikut prioriti yang membolehkan organisasi itu bernafas panjang?
  4. Adakah amal yang disusun oleh organisasi itu berdasarkan objektif atau berdasarkan takwim tahunan semata-mata?
  5. Adakah satu-satu biro yang aktif berfungsi itu lebih utama fungsinya berbanding biro lain?
  6. Adakah wujud ahli-ahli dalam organisasi yang terlampau penat beramal kerana nama-nama mereka ada dalam setiap gerak kerja biro?

p/s: Selalu terfikir, adakah sesuatu program itu program-oriented, atau objective-oriented?

 

 

sejarah dan keadilan

Beberapa poin penting:

  • Negara bermasyarakat majmuk berlaku kerana wujudnya penghijrahan.
  • Setiap bangsa dijadikan Allah bersama tanah airnya. Satu bangsa menerbitkan satu negara.
  • Atas dasar ini, hak-hak orang Melayu mesti diiktiraf sebagai penduduk asal Tanah Melayu (Perlembagaan Negara).
  • Kesama rataan di sisi Islam bukan bererti “Anda mendapat satu, saya pun dapat satu.” Tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.
  • Orang Melayu mempunyai sifat bertoleransi, tolak ansur dan mudah menerima, walaupun pahit.
  • Orang-orang politik yang gilakan kuasa pemerintahan memainkan isu-isu perkauman tanpa meletakkan batu asas yang sebenar dalam perkara-perkara melibatkan perbezaan kaum.
  • Isu utama perbincangan ini adalah orang Malaysia tanpa mengira status dan bangsa tidak memahami sejarah tanah air sendiri.

Teringat kisah sewaktu Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam Mekah diarah berpindah ke Madinah. Kemudian turunnya perintah Allah agar kiblat orang Islam diubah daripada Kaabah ke Masjidil Aqsa. Betapa cinta dan rindunya orang-orang Muhajirin pada masa itu akan tanah air mereka. Sudahlah berada jauh dari tanah air tercinta, malah terpaksa membelakangi tanah air sendiri sewaktu bersolat demi Allah.

Kata-kata Hasan al-Banna mengenai cinta tanah air dan cinta bangsa:

Jika patriotisme yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotisme ialah cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah Islam. Bilal, walaupun beliau telah mengorbankan segala-galanya demi akidah dan agamanya, Bilal ini jugalah yang telah meluahkan rasa rindunya terhadap Mekah ketika berada di Madinah Dar al-Hijrah, melalui rangkap-rangkap syair yang amat indah dan sayu:

Alangkah indahnya jika aku dapat bermalam

Di sebuah lembah dikelilingi oleh rumput rampai dan tumbuhan

Dapatkah suatu hari nanti aku akan merasai kembali air kolam Majannah?

Dapatkah aku kembali menyaksikan gunung Shammah dan Tufail?

Suatu ketika Rasulullah s.a.w. terdengar kata-kata Usail yang cuba mengungkapkan keindahan Mekah. Air mata baginda mengalir kerana rindukan Mekah. Baginda bersabda: Usail, biarkanlah hati-hati ini tenang.

Jika nasionalisme yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi mutakhir perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, dihormati, cemerlang, berkeyakinan tinggi dan menjadikan mereka sebagai contoh yang baik; Jika nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lantaran itu menjadi pembakar semangat dan perangsang. Jika ini yang dimaksudkan, ia adalah suatu tujuan yang baik. Kami sokong dan kami galakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan hemah generasi masakini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi silam. Rasulullah s.a.w. sendiri ada menyentuh aspek ini:

“Manusia ini seperti logam, orang yang terbaik di zaman jahiliyyah adalah orang yang terbaik di zaman Islam, jika mereka memahami.”

Dengan ini anda boleh lihat Islam tidak menolak nasionalisme jika ia membawa maksud yang mulia ini.

(Dakwah kita)

Next Page »