Home » Tarbiyyah » akhlak tanda iman

akhlak tanda iman

Akhlak boleh dimaksudkan sebagai perilaku dan tindakan spontan yang dibuat oleh seseorang dalam keadaan tertentu, lantaran dia meyakini itulah tindakan terbaik yang patut dilaksanakan. Akhlak ialah sikap dan perangai yang dibuat berdasarkan apa yang terdetik di hatinya. Akhlak adalah tindakan yang tiada kongkongan mahupun suruhan. Akhlak adalah tindakan semula jadi.

Imam as-Syafie pernah menyebut, “Akhlak adalah satu keadaan yang kukuh dalam jiwa. Melaluinya, perbuatan dan tindakan terbit dengan mudah dan senang tanpa perlu berfikir dan merenung.

Akhlak Islamiyah bererti perangai peribadi seseorang itu terlaksana sesuai dengan kehendak Islam.

Akhlak adalah semulajadi. Seseorang yang mahu bersedekah lantaran dia telah bernazar untuk bersedekah, maka ia bukanlah satu akhlak.

Akhlak adalah tindakan. Seseorang yang merancang untuk memberi derma kepada beberapa buah rumah anak yatim, dia belum lagi menunjukkan akhlak.

Akhlak bermula dengan ilmu. Seseorang mesti mendalami ilmu Islam dan akhlak untuk mengetahui yang mana akhlak baik, yang mana akhlak buruk.

Akhlak memerlukan kemampuan. Seseorang yang berniat untuk menderma, tetapi tidak mempunyai harta apa pun, maka dia belum melaksanan akhlaknya.

Akhlak adalah tanda iman. Jika imannya lemah dan hatinya gelap, maka agak sukar sekali seseorang itu hendak berakhlak mulia.

Realiti

Kita lihat banyak komentar-komentar di internet; pada artikel, berita dan sebagainya, dihambur dengan kata-kata yang sangat hodoh bahasanya. Dengan lucah, makian, hinaan dan sebagainya. Akhlak sebegini membolehkan kita meragui apa khabar iman orang yang memberi komentar itu.

Membenci seseorang bukanlah lesen untuk berakhlak buruk. Sebaik-baik akhlak untuk mengurangkan rasa benci ialah sabar dan al-hilm (menahan marah).

Rasulullah s.a.w. tidak pernah menghambur kata-kata kesat mahupun memarahi orang-orang Musyrikin Mekah sewaktu dibaling perut unta, ditabur duri di jalan.

Situasi ‘biasa’ masa kini bila mana demonstrasi dibuat. Kalau tidak malu dengan Allah s.w.t., malulah dengan malaikat di kiri dan tanganmu!

 

 

Apakah ini jawapan dari hati atau jawapan pertahan diri? Lau kana Rasulullahu bainana (andainya Rasulullah s.a.w. bersama kita), apakah baginda sependapat dengan muslimat di atas? 

Bagaimana mahu berakhlak Islamiyah?

  1. Lupakan orang lain. Pandang diri anda dahulu. Muhasabah diri dengan keadaan sedia ada, adakah anda seorang yang berakhlak Islamiyah?
  2. Kenali akhlak-akhlak Islamiyah melalui pembacaan.
  3. Baca sirah Rasulullah, kisah sahabat dan tabi’in. Kenal dan ikut cara mereka berakhlak dan mendepani musuh Islam.
  4. Bagi privilege / lesen untuk rakan anda menegur anda bilamana anda dilihat tidak berakhlak.
  5. Bersedia menerima teguran.
Apa yang pasti, mahasiswa mahasiswi kita sedang menghadapi ancaman keruntuhan akhlak yang rumit. Ubah diri kita dahulu, ok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>