Home » Tarbiyyah » Kenapa hijrah?

Kenapa hijrah?

Takwim 12 bulan qamariyah, Muharam, Safar, Rabi’ulawal, Rabi’ulakhir dan sebagainya sudah digunakan oleh orang-orang Arab semenjak dahulu lagi.

Tetapi apa hebatnya 1 Muharam sehingga Umar al-Khatab r.a. memilihnya tarikh itu sebagai pemula kalendar Islam? Jawapannya pastinya adalah kerana peristiwa hijrah yang berlaku pada tarikh tersebut.

Tetapi apa hebatnya hijrah sehingga peristiwa itu dijadikan asbab pemilihan 1 Muharam sebagai pemula kalendar Islam?

  • Orang Muhajirin berhijrah jiwa dan fizikal, meninggalkan tanah air, harta benda, hati dan perasaan demi perintah Allah dan Islam.
  • Orang Ansar juga berhijrah jiwa dan fizikal melalui satu sumpah setia Aqabah II. Demi agama langit yang paling benar dan diredhai, mereka bersumpah tidak akan mencuri, berzina dan sebagainya, sehingga akan melindungi utusan Allah lebih daripada kaum keluarga sendiri. Apa yang penting, Islam mesti bertapak di tanah mereka Yathrib.

Hijrah orang Muhajirin dan Ansar adalah berkorban apa yang mereka biasa kepada yang tidak biasa, hanya kerana Islam. Bagi mereka, hijrah adalah arahan dan usaha. Natijahnya Allah yang tahu. Mungkin Madinah?

Bagi kita, apa nilai sebuah hijrah, adakah hanya berubah daripada tidak baik kepada baik? Mengapa hijrah kita tidak bermaksud berjanji setia pada diri bahawa kita mahu bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menjadikan kita lebih baik dan bernilai di mata Allah?

Mengapa hijrah kita tidak bermaksud berjanji meninggalkan semua yang haram, syubhah dan jahiliyah seperti couple, tayang aurat, mencarut, melewatkan solat dan menghampiri zina?

Pernahkah anda berhijrah? Mengapa tidak sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>